top of page

Tuan Pengarah

En. Abdul Hamid Bin. Suhani

Assalamualaikum w.b.t...Selamat datang ke laman web rasmi SMTKS. Kami semua warga sekolah sangat menghargai keperihatinan para pengunjung laman web ini demi kemajuan akedemi anak-anak didik kami.Seperti sekolah lain di negara ini kami juga mahu anak-anak didik kami mencipta kejayaan disemua lapangan demi untuk agama bangsa dan tanahair. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua samada secara langsung atau secara tidak langsung kepada pihak yang ingin melihat kejayaan sekolah ini. Diharap laman web ini akan memberi maklumat terkini tentang perjalanan dan kejayaan sekolah demi kebaikan semua.Kemajuan anak-anak dalam akedemik adalah bergantung kepada semua pihak di dalam negara. Kita haruslah bertanggungjawab ke atas mendidik dan memberi ilmu kepada anak-anak yang bakal mengantikan generasi sekarang bagi memikul tugas membangunkan negara di masa hadapan. Seharusnya kita peka dan perihatin kepada perkembangan anak-anak kita tidak kira dimana mereka berada, di rumah, sekolah, pusat pengajian tinggi atau di mana-mana sahaja mereka berada. Insyaallah pihak sekolah akan menjaga dan mendidik selagi mereka berada di dalam sekolah. Keciciran di kalangan pelajar merupakan perkara serius yang perlu diberi perhatian. Pelajar yang dianggap keciciran adalah pelajar yang dikelaskan sebagai pelajar yang berada di kedudukan terbawah. Paling mudah untuk melihat keciciran adalah dengan melihat kedudukan dan markah pelajar selepas sesuatu peperiksaan. Pelajar yang mendapat markah gagal adalah yang paling tercicir. Biasanya bilangan keciciran ini besar pada awal tahun dan mengecil sehingga SPM sebenar. Ini adalah kerana terdapatnya aktiviti dan program sepanjang tahun bagi memberi perubahan tingkahlaku pembelajaran kepada pelajar-pelajar. Aktiviti dan program bukan sahaja dari pihak sekolah, PIBG juga memainkan peranan. Malah ada ibubapa yang sangat perihatin terhadap tingkahlaku pembelajaran anak-anak mereka dengan memantau dan memberi galakan tentang kerja sekolah mereka. Dengan itu prestasi seseorang pelajar akan meningkat jika pelajar mempunyai kesedaran terhadap pelajaran yang tinggi.

bottom of page